Sunday, July 22, 2012

Ramadhan Al-Mubarak....

As salam semua....

Rasa sunyi sepi BLOG ini tanpa sebarang POST...... Mood menulis tiba2 datang kembali... Seronok bila melihat kawan2 yg akfit semula BLOGGING setelah sekian lama menyepikan diri. Faham2...masing2 punya banyak hal....sana sini itu ini.... Samalah cam aku nih.... Sibuk memanjang...tah apa yg BUSY sangat pun tak tahu.... YES, of course as a MOM, WIFE, WORKER..... memang satu hari tuh macam tak pernah cukup.....Malas laa nak STORI kat sini....Rasanya orang pun tak mahu dengar dah. Tanggungjawap dan amanah yang di berikan harus di selesaikan dengan penuh tanggungjawap. Begitu juga di rumah..... Anak2 dan sang suami adalah di bawah jagaan sang isteri yang tak pernah susut dan senantiasa harus di penuhi..... Amanah Allah s.w.t. dan tanggungjawab sehingga MATI kelak.......

Hari ini, tanggal 3 Ramadhan 1433 Hijrah...... Alhamdulillah dah masuk 3 hari umat Islam dapat menunaikan Ibadah Puasa..... Sayu & tersangat jeles bila dapat melihat En. Somi dan anak2 menunaikan SOLAT TERAWIH bersama-sama Makcik dan Sepupu di Kg. pada hari pertama berpuasa di Kg. Pt. Jelutong, Batu Pahat...... Suka tak terkata....Insya allah, malam nih jika di izinkannya, hati ini meronta-ronta ingin sama menunaikan TERAWIH bersama-sama anak2 daraku di Masjid Al-Hassanah malam ini....Insya Allah!!!!!

Sambutan 1 Ramadhan kami sambut di Kg. bersama-sama Mak & Abah Kg. Sempat kami BERSAHUR bersama-sama Mak & Abah Kg... From Bangi, kami bertolak ke Kg. dan sampai lebih kurang 4pagi. Tak sangka kan, ramai juga warga KL mahu meraikan bersama-sama keluarga tercinta di Kg. halaman sendiri. Suasana ini dapat di saksikan ketika kami singgah di R&R kerana Babah tidak dapat menahan mengantuk..... Macam ada sambutan dan keramaian....Berdere-deret kereta berhenti sama utk berehat dan melelapkan mata sektika. Sambil tuh, sempat membeli juadah BERSAHUR dan minum sebentar....... Anak2 ku pula sudah lama belayar di dalam kereta....Begitu nyenyak tido tanpa menyedari kemeriahan balik Kg. di sepanjang Highway Utara-Selatan PLUS. Teringat Mak Abah di KL.... Insya Allah, minggu nie kami sekeluarga akan berkunjung ke Danau Kota dan IFTAR bersama-sama Mak & Abah di sana pula.....

Kali ini kedatangan Ramadhan lain pula rasanya..... Berdebar-debar hati menyambut kedatangan bulan mulia ini..... Terasa hati ini ingin mencari keredhaan dan keberkatan Ramadhan kali ini...... Ya Allah...semuga kau makbulkan doaku dan ampunkanlah Dosa-Dosaku...... Semuga Ramdahan kali ini penuh keberkataan dan muliakan kami sekeluarga di sisiMU...... Anak2 adalah golongan yg paling gembira menyambut Ramadhan. Alhamdulillah, Nabihah dan Najihah dapat menunaikan puasa tanpa sebarang masalah. Cuma Najihah selalu merungut lapar dan dahaga.....Susah jugak nak memujuk ADIK utk terus kuat menunaikan Puasa..... Maklumlah selalu mempersoalkan kenapa IBU tak PUASA...hihihihihihihi..... Kenapa IBU boleh makan pd siang hari....... Bukan IBU suka sayang....Tapi betapa ruginya IBU melepaskan NIKMAT dan FADHILAT PUASA Pertama dan Kedua.....

Entah laa kenapa hati ini sangat SYAHDU.......Ramadhan kali ini sangat berlainan..... Semuga aku menemui keindahanNya...... Ramadhan Yaa Ramadhan.....Semuga kami dapat merasai kenikmatanMU dan tidak melepaskanMU begitu sahaja....... AMIN!
Thank you Mr. GOOGLED.....

No comments:

Post a Comment