Saturday, June 18, 2011

Emotion taken away in BALI Island - The End

Bergambar beramai-ramai di hadapan HOTEL HARRIS, KUTA....... Matur Mapamet!!!!!


Apa lagik POSING ajer laa kan....tukang gambar professional suh posing...posing ajer laa!!!!! Penat dia bawak KAMERA BESAR...hahahahahahha!!!!





Hari terakhir berada di BALI...... di sebabkan penerbangan MAS kami delay hingga tengahari, maka after CHECK-OUT, kami masih lagik sempat utk berjalan-jalan ke LEGIAN...... Di sinilah tempat pengeboman berlaku di BALI. Mostly, rakayat AUTRALIA yg paling ramai sekali yg terbunuh....so kerajaan AUSTRALIA membeli tanah di sini dan sebagai penghargaan, kerajaan Indonesia telah membina TUGU peringatan sebagai memperingati mereka yg terbunuh termasuk rakyat INDONESIA......



Kat sini, terlalu banyak PUB dan DISCO utk foreigner BERLIBUR......so for us, tak sesuai utk di kunjungi........ banyak gak BUTIK dan KEDAI die sepanjang jalan....So, perbihkan ajer duit yg tinggal....hihihihihihi


Berada di hadapan tugu peringatan peristiwa pengeboman BALI


Nama-nama yg terbunuh di senaraikan pada tugu peringatan ini


Tugu Peringatan yg berada di hadapan tempat pengeboman


Complimentary food from MAS atas kelewatan jadual penerbangan........



Bergambar kenangan yg terakhir di BALI


Alhamdulillah selamat sampai di KLIA dan tak sabar menemui anak2ku.......



Emotion taken away in BALI Island - PART IV Cont.....

Satu pagi di pantai KUTA, Bali sambil seronok melihat aksi SURFING.....


Tak dapat SURFING pun dapat amik gambar kat SURFING BOARD pun jadik laa......



Sudah masuk hari ketiga berada di BALI........ after breakfast, kami mengambil kesempatan ini utk berjalan-jalan di tepi pantai KUTA yg hanya berhadapan dengan hotel penginapan kami di HARRIS, KUTA..... Seawal pukul 6am, pantai ini akan di penuhi oleh MAT SALLAH dan other ASIAN people yg sibuk nak SURFING. Kalau nak tau, 6am di sana macam pukul 8am di Malaysia (waktu Malaysia - BALI adalah sama so tak perlu nak cepat atau lambatkan jam anda) samalah seperti kawan2 berada di Sabah & Sarawak kerana kedudukan matahari naik dan terbenam....... So as a conclusion, matahari naik seawal 5.30 pagi dan terbenam jam 6 petang....hihihihihihi



My dream VILLAS - ALILIA VILLAS KINTAMANI

Superb and magnificent view from this view

Bergambar kenangan berlatar belakangkan Lautan Hindi


Beshnya kalo dapat duduk lama2 di sini.....sangat mendamaikan!!!!!


Kalo bernasib baik dapat laa tengok ikan lumba-lumba sedang bermain-main


Dah namapun pegi dengan geng ARKITEK, apa lagik acara semua berkisar tentang senibina dan lanskap.....Kebanyakan tempat yg di kunjungi hari itu adalah berkisar tentang senibina BALI dan lanskap....So banyak laa tempat2 menarik yg kami lawati....... Memang cantik dan PRIVASI namun berpatutan laa dengan harganya.....VILLAS private di sana semahal RM5k per nite.....But takde hal ngan orang PUTIH dan orang KAYA....sbb tuh menjadik tempat persinggahan popular di kalangan AUSTRALIAN...mcm balik Kg. laa kiranya OR as a 2nd HOME for them!!!!!!!



Berada di hadapan pintu masuk Tanah Lot


Nikmatilah keindahan bumi ciptaan Allah s.w.t


Me and Babah - berada di antara 7 wonders dunia - TANAH LOT


Belakang adalah GUA ULAR tp tak berani nak masuk - kelakar!!!!


Me and Me - asyik aku ajer yg jadik MODEL.......

Tengok Laut nie cam menarik ajer nak BERENANG tp ganas sangat ombak yg menghempas pantai


Bersama salah seorang baby BOY di sana....hihihihihi





Seterusnya acara kemuncak hari itu adalah berada di Tanah Lot..... Sambil melawat PURA tertua di BALI, keindahan tempat ini dan pemandangannya adalah sukar di gambarkan.....Memang cantik dan indah sekali.......  Sila lihat gambar2 dia atas yek...Dah tak terucap dek lidah kerana sememangnya BALI di anugerahkan oleh Allah s.w.t muka bumi yg sangat cantik dan menakjubkan.


Patutlah tempat ini adalah di antara 7 WONDERS di DUNIA........


Selepas itu, apa lagik acara yg di nanti-nantikan olehku, SHOPPING MANIA........ memandangkan kami ke BALI sebagai BILLIONAIRE....duit pun ada jutaan RUPIAH....maka perlu di habiskan...hihihihihihihihihi

Sibuk gak mencarik cendera hati utk keluarga dan ofismate....tp amat terhad kerana beg yg di bawa pun sekadar 2 beg (atas nasihat encik somi) maka mintak maaf bebanyak....... tak dapat nak di kirikmkan kepada kawan2 yg jauh!!!!!!!


Malamnya pula, apabila sampai ke hotel, sibuk pulak sambung acara shopping di sekitar KUTA.......hotel kami sebaris dengan HARD ROCK CAFE dan HARD ROCK HOTEL...sooo mcm tak lengkap kalo kami tak beli T-Shirt or souvenior utk anak2....hihihihihihi






Emotion taken away in BALI Island - PART IV

Cuba teka yg mana satu KOPI LUWAK???????


Sibuk membeli KOPI BALI dan barang2 keluaran masyarakat tempatan......

Oppsss semua KOPI kami rasa tp LUWAK COFFEE haram OK????


Sawah padi yg di tanam di lereng-lereng yg teramat cantik tp ini bukan PADI HUMA yaaa....

Tak melepas peluang bergambar berdua-duaan di kawasan penanaman PADI di sini......


Asyik2 muka aku ajer jadik MODEL.......


Tengok laa hasil kraftangan barangan BALI - amat halus dan teliti - kat belakan tuh sebenarnya aku nak borong balik tp sbb berat - lupakan sahaja hasratku!!!!!


Dinner kami sambil menunggu MATAHARI terbenam - masa nie hampir pukul 6.30 petang


Suasana yg teramat ROMANTIK


Nampak tak bendera MALAYSIA???? Siap promosi sambil jual jagung bakar dan kacang rebus


Dinner kami - SEAFODD and GRILL.....wallahhhh!!!! Makan tak penting tp tempat tuh mmg amat CANTIK!!!!

Sila yek jemput makan........


Kapal-kapal Nelayan yg berlabuh di tepi PANTAI


Sempat laa menikmati keindahan pantai sambil melihat MATAHARI terbenam.....

Me & Babah - our vacation cum honeymoon!!!!!


Kami sempat laa berkunjung di salah sebuah ladang kopi yg amat terkenal dengan LUWAK COFFEE........ Tapi majlis ulama MALAYSIA mmg mengharamkan kopi ini kerana di kutip dari najis MUSANG! Entah kenapa KOPI nie begitu terkenal......kalo nak beli melebihi RM100+++ sepaket. Sebab musang hanya memakan kopi yg terpilih sahaja pada waktu malam ketika keluar mencarik makan. Najis Musang pula akan di kutip utk proses mengasingkan bijik KOPI yg tidak hancur..... So, you decide whether OK or NOT utk minum KOPI special nie........ Sempat laa jugak kami membeli KOPI BALI,TEH HALIA dan Esen VANILLA utk di bawa pulang.


Seterusnya, adalah acara yg paling aku minat sekali! Hahahahahah SHOPPINT time!!!!!!! Kami di bawa ke Pasar UBUD di mana merupakan pusat kraftangan dan cenderamata dengan harga yg paling murah dan sukar utk di percayai......Bila dah pegi bersama-sama geng ofis arkitek, apa lagik hari tuh merupakan acara memboring PAINTING atau LUKISAN oleh artis-artis tempatan...... Selain itu, kraftangan dan cendera mata buatan masyarakat BALI memang amat unik dan MURAH......Nasib baik laa aku cuma bawak 2 beg ajer (itu pun selepoas di pantau oleh somiku) if not, habih dah aku borong barang2 utk keperluan RUMAH.....
Huwaaaa sangat2 menyesal!!!!!!!! Menci...menci....... Yg pastinya, encik somi amat teruja memborong LUKISAN a.k.a. PAINTING yg teramat banyak sekali!



Lepas penat membeli belah (mcm tak cukup masa ajer), kami terpaksa bergegas ke pantai JIMBARAN utk menikmati suasana matahri terbenam.....Apa laa istimewa sangat dengan tempat nie.....Rupanya apabila menjejakkan kaki ke pantai ini, indahnya tak terkata........Kenapa laa di Malaysia tak nak mencuba aktiviti sebegini....Makan malam di tepi pantai sambil menikmati matahari terbenam...... ROMANTIKNYA!!!!!!!





Emotion taken away in BALI Island - PART III Con't

Tempat seterusnya adalah perjalanan seperti berada di Genting Highlands cuma di sini bezanya terdapat sebuah gunung - GUNUNG BUTUR yg merupakan Gunung Berapi yg masih aktif......... Kat sini udaranya teramat nyaman kerana masih mengekalkan keindahan alam sekitar.......Kiri kanan jalan terdapat penanaman PADI dan sayur-sayuran kerana tanah di sini amat SUBUR kerana kesan peninggalan LAHAR gunung berapi yg meletup pada masa dahulu..... Tak tergambar dengan kata-kata apabila berada di sini - Seperti berada di belakang lukisan KANVAS seorang pelukis......

Lunch kami di sini sambil makan sambil menatap dan menikmati puas-puas keindahan panorama yg masih kekal dan terpelihara cantik........ MASYA ALLAH.......lidah kelu seribu bahasa..... Nyaman, cantik dan mempersona sekali......

Perjalanan ke tempat gunung berapi yg masih aktif di BALI

Gunung Butur yg masih aktif dan masih memuntahkan sulfur........


Gunung yg bila2 masa sahaja menanti masa utk meletup


Lunch sambil berlatar belakangkan keindahan alam yg teramat cantik dan indah

Gunung Butur bersebelahan tasik yg asalnya kawah gunung berapi

Huwaaa macam tak nak balik - nak duduk sini ajer........

Emotion taken away in BALI Island - PART III

 
Orang BALI percaya kalo mandi di kolam nie utk menghapus DOSA - cam sungai GANGES kott di India.....

Kami amat suka dengan pemandangan tempat ini kerana teramat cantik senibinanya.....


Salah satu KOLAM AIR PANAS - sulfur berwarna-warni membentuk warna yg amat menarik


Tempat di atas bukit dahulunya merupakan tempat persinggahan PRESIDEN SUKARNO semasa zaman pemerintahan beliau sekiranya berkunjung ke BALI




Perasan tak kalo setiap kali kami melawat PURA (Kuil), kami dikehendaki mengikat tali di pinggang (orang perempuan) dan memakai kain (utk menutup aurat sekiranya memaki seluar atau skirt pendek) sebagai menghormati tempat SUCI mereka......sebab dah berada di tempat orang, maka kena laa jugak menghormati budaya mereka........


Kali ini kami di bawa melawat PURA yg jugak merupakan tempat persinggahan PRESIDEN SUKARNO setiap kali menjejakkan kaki ke BALI........Paling menarik adalah melihat keindahan KOLAM AIR PANAS - sulfur berwarna-warni dan keindahan bumi BALI......teramat cantik lanskap dan muka bumi semulajadi ciptaan ALLAH s.w.t.........




















Emotion taken away in BALI Island - PART II

Nama tempat nie - GWK



Tak dapat pegi Stonage kat GWK pun jadik laa kan....hihihihihihi



Bergambar beramai-ramai dihadapan patung GARUDA...... walhal masa nie baru nak masuk kol 6pm tp dah macam malam........



Malam pula di sini di adakan acara kebudayaan - kiranya cam citer MAK YONG laa



Sempat curik-curik bergambar dengan penari yg mengenakan pakaian kebudayaan mereka......            







Selepas melawat Pura kurun ke-16, kami terus berkampung di tempat kebudayaan BALI, GWK......... GWK di ambil sempena nama DEWA mereka - GARUDA, WISHNU & KRISHNA memandangkan hampir 90 peratus penduduk BALI menganut agama HINDU..... Hindu di sini adalah berdasarkan susur galur kepercayaan dan di sesuaikan dengan kebudayaan mereka....So it's really much more different dengan HINDU di Malaysia......


To be here 1st time at BALI, to be honest, mereka nie memang bersopan santun so it's feel like HOME...... Macam berada di Malaysia jugak laa..... Personally, aku mmg lebih suka berjalan-jalan di tempat2 menarik di Indonesia......dah laa MURAH dan makanan pun tak perlu bimbang sbb banyak HALAL food...pilih ajer samada nak makan MINANG, PADANG....hah...WONG SOLO pun ada gak kat BALI!!!!!



Berada di GWK seperti berada di alam Fantasi....paling kamu terpegun dengan keindahan batu-batu besar yg di tarah menjadi sebongkah BATU yg berdiri teguh....sila lihat gambar di atas.....teramat cantik...kalo INDON boleh wat camni, aku suggest kat Langkawi pun boleh tiru idea camni.......barulah ada tarikan tersendiri di LANGKAWI nnt....And dengar cerita from our tour guide, PAK PUTU - GWK sebenarnya ada ura2 mengatakan yg kerajaan MALAYSIA amat berminat utk membeli pusat kebudayaan ini - TRUE or NOT?????? Wat pa kan, membazir duit beli tempat nie cos lebih baik kita bangunkan sendiri pusat kebudayaan MALAYSIA cos kita kan SERUMPUN.......


Malamnya di adakan persembahan ala2 MAK YONG - ada wayang kulit, teater cerita mengenai SANG HANIMUNAN dan tarian kebudayaan - mmg menarik tp amat sukar utk di fahami kerna menggunakan bahasa BALI - amat berbeza sekali dengan BAHASA JAWA - mengikut kata somiku.....dia kan orang JAWA..... so layan ajer laaa!!!!!!