Tuesday, August 2, 2011

Coretan Ramadhan

Hari ke-2 berpuasa...

Sehingga saat ini rasa mengantuk yg teramat sangat....


Mata tak dapat nak di tahan lagik kerana teramat mengantuk! Hanya tinggal 2 jam lagik utk pulang. Semalam. syukran kerana tertunai sudah puasa pada hari pertama. Sangat bersyukur kerana baik anak2 dan somi, kami berjaya menunaikan ibadah puasa. Semalam, aku sempat mengunjungi PARAM berdekatan Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi (Seksyen 8). 


Wow!!!

Sangat meriah dan happening kerana pelbagai juadah dan makanan yg di jual. Boleh rambang mata di buatnya sampai tak tau nak memilih makanan apa yg [erlu di beli. Sebenarnya, semalam dh berjanji dengan Nabihah and Najihah (mereka cuti sempena larian 1 Malaysia) nak bawak mereka sekali mengunjungi PARAM, tp memandangkan seawal pukul 5pm dh terlalu ramai orang, maka terpaksa laa aku CANCEL takut nnt tak dapat nak mengawal 3 puteri tuh......


Antara juadah yg di beli : Najihah - NASI Ayam, Nabihah - Kebab, Lil Zihah - Air Soya, Babah - Ayam percik, Sambal Kentang (her FAVORITE), Aku - Laksa, Buah Melaka.... and Chu' Yang - Murtabak Singapore....hihihihihihih alhamdulillah sbb semuanya habis dan tak membazir. Balik ke rumah, memandangkan lauk bersahur masih berbaki, maka SUP AYAM ABC, Telur Masin (dh siap rebus) dan NASI cuma perlu di panaskan sahaja. Hah? Sup Ayam ABC.....special tau sbb 4 in 1 - ada carrot, kentang, chicken ball & ayam......sebab tuh aku namakan ABC....caca merba! - Shin Yee (my staff) yg menggelarkan Sup Ayam ABC....hihihihihihihi


Tadi sempat ke Pasar Kajang utk membeli barangan basah dan ke MY MYDIN tadi utk membeli barang2 yg perlu di TOP-UP.....Iman dan Amal menjadik peneman. Masya Allah, panas sungguh cuaca di luar.....balik ajer ofis, terasa mengantuk dan berpeluh sakan.... Dugaan Allah s.w.t.... Sabar2 kerana bayangkan mereka yg terpaksa bekerja dalam cuaca panas sambil berpuasa.....Subhanallah!!!!


So hari nie dh ada plan nak masak utk berbuka. Mungkin tak ke PARAM sbb aku nak masak sendiri! Menu hari nie nak masak Jemput-jemput jagung + udang dan Bihun Goreng! 


Selamat Berbuka dan Selamat Berpuasa!!!!!


P/S - teringat PARAM Wangsa Maju - Ayam Percik ABE....


No comments:

Post a Comment