Wednesday, September 28, 2011

Teambuilding 2011

Nanti...nanti kay aku nak hupdate pasal training.....hahahahahahah coz this is just INTRO dulu.....jeng...jeng...jengggg

30 Ramadhan 1432H was her DAY..........

Nampak tak gigi saya yg COKLAT???



Suppose 30 Ramadhan yg lalu, kalo ikut tahun ISLAM, My sweetie dah genap 3 tahun........actual plan nak celebrate her Birdy tp atas sbb2 teknikal....sibuk mengejar persiapan menyambut SYAWAL....maka semua yg di rancang tak menjadi!!!!!!!!


Nasib baik Zihah still kecik lagi dan tak mengerti apa2, so takpe ada lagik celebration kali ke-2, kalo ikut kalendar omputih....soo this coming 30th Sept 2011, it's will be her 3rd BIRTHDAY....... Mmg laa nak bg suprise party for her....since Zihah sangat suka memotong kek.......Insya Allah!!!!!!

Sunday, September 25, 2011

AISB Open House & Farewall Party

AISB Open House 2011

Me & Amal (our FM)
Last day - Siti & Dayah
Bergambar kenangan bersama-sama team FM, Operations & Compliance
Girl Power - GO AISB






Tuesday, September 13, 2011

It's Our 9th Anniversary.....

Bermula dengan perkenalan kami melalui seorang teman, berpacaran hampir 2 tahun dan akhirnya melangsngkan perkahwinan. Seterusnya melalui alam rumahtangga dan beroleh zuriat penyeri alam rumahtangga kami yg hampir menjejak 9 tahun usia perkahwinan.



Ya Allah.... terima kasih kerana kau berikan aku teman hidup yg amat mengasihi diriku....Sebagai teman baik, suami yg hebat dan bapa yg amat bertanggungjawap..... So, apa lagik yg aku mahukan? Semuga perkahwinan ini berkekalan hingga hujung nyawa kami.....


Tak sangka yaa Babah....dalam kegawatan selepas menyambut RAYA, ada jugak pemberian hadiah sebagai menghargai perkahwinan kita...... Sebab itulah hati ini still berbunga cinta dan sangat gembira tak terkata.....Walaupun Babah tercepat sehari meraikan ulangtahun perkahwinan kita ( nie semua salah FB event kan?) tp ucapan itu amat bermakna berbanding hadiah yg di beri!



Akanku simpan hadiah CINTA ini sebagai kenangan hingga akhir akhir hayat...Thanks Babah for all ur LOVE ...... We LOVE U always!!!!!



Salam Lebaran Aidilfitri 1432H

Macam nie laa suasana berhari raya di Kg. Pt Jelutong....... tak terlayan tau!!!!
Bersama-sama sedara mara yg datang berkunjung
Bergambar kenangan - Raya 2011
Aidilfitri di Bt Pahat - 1st Raya         




Sunday, August 7, 2011

Coretan Ramadhan - Hari Ke-6 & 7



Ramadhan ke-6 di sambut bersama-sama Mak & Abah di Kg......... Pagi Sabtu tuh, sempat laa kami pulang ke Kg. utk berbuka dan bersahur bersama-sama Abah & Mak di Pt. Jelutong, Parit Raja, Bt. Pahat. Suasana di Kg. yg aman damai dan senyap sepi amat sesuwei utk tido dan melelapkan mata....hihihihihihi



Atas permintaan Mak, maka berbuka puasa pada hari itu dengan SOTO, Murtabak dan air buah2an..... Kalo ke PARAM,  Masya Allah harga juadah makanan teramat laa murah.....Sambil berniaga sambil berbuat amal kebajikan.....Syukran & kalo nak di bandingkan di KL, teramat jauh berbeza.........


Pagi Ahad pula, sempat laa kami mengambil kesempatan ini utk ber WINDOW shopping pulak.....BP Mall tempat destinanasi.....Dapat gak T-shirt utk kaka dan adik.....Kelakar betul sbb orang Kg. sanggup ke KL utk bershopping but aku nie lak SHOPPING kat Kg........ Tak kisah pun sbb pada aku ikut kemampuan laa.....Berat poket, boleh laa beli yg mahal2 sbb apa yg ada di BP Mall sama sahaja mcm di SOGO or I-Setan...... Sekarang nie baju bebudak ajer kalo T-Shirt dh hampir RM40 hinggit....after diskaun...emmm memang mahal tp setahun sekali kan apa salahnya berbelanja utk anak2.....Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri!!!!!!


Berbuka puasa pada hari ke- 7, mak masakkan MEE REBUS utk makan2 pada hari itu (oppss tak sempat nak amik gambar soo citer aje laa) dan ada gak MURTABAK (Ayang's favorites) and also air minum yg ada berbagai-bagai jenis....hihihihihihihihiihi
Paling penting anak2ku seronok pulang ke Kg. bertemu sepupu mereka plus ATUK dan NENEK.....Terubat rindu nak main2 kat KG..... Sibuk menangkap Ikan Keli peliharaan ABAH di belakang rumah........



Thursday, August 4, 2011

Coretan Ramadhan - Hari Ke-3

Siap sedia pakai tudung nak ikut SOLAT JEMAAH ngan kami........


Sahur pagi RAMADHAN ke-3 : Sempat laa aku bangun dan masakkan SAMBAL SARDIN dan SAYUR RAJA GORENG utk menu bersahur...... Selain tuh, ada lagik berbaki BIHUN GORENG soo panaskan balik utk di makan.....AIR lak aku wat TEH TARIK utk Babah.....Anak2 minum SUSU JAGUNG DUTCH LADY.......Potong buah HONEY MELON & LAI HIJAU utk desert....Macam makan LUNCH ajer kan? Tp biasa laa SAHUR nie kita tak berselera sangat sbb tuh buat macam2 nak bg berselera.....


Alhamdulillah anak2 berpuasa dengan jayanya....hihihihihi suker sangat!!!!! Lately nie, asyik hujan ajer kan waktu petang.....so payah skitt kalo nak singgah PARAM utk membeli kuih muih dan air utk berbuka.....Atas alasan ini jugak, tetiba OTW balik ke rumah, selepas balik from TASKA RABIATUL ULYA....." Tak payah masak laa IBU, kita makan kat WONG SOLO..... Ibu pegi laa booking jap utk 5 orang"... Emm sebenarnya aku malas nak berbuka kat luar sangat sbb apa selalu nak RUSHING balik lepas tuh sbb Babah nak kejar TERAWIH. But now, so senang sbb apa? Pasal WONG SOLO tuh hanya kat depan rumah aku ajer!!!! Hahahahahaha cuma amik masa 5 minit kalo nak DRIVE ke sana......Depan rumah aku nie, "MACAM-MACAM ADA". Bak kata orang, cuma sediakan duit ajer....



Sooo cepat2 laa aku pegi menempah meja nak berbuka posa di WONG SOLO and then rushing back ke rumah sbb takut VAN PAKCIK ISA anto Kakak & Adik balik cepat pulak...... Kalau nak tau Kakak & Adik sangat suker makan kat WONG SOLO...... Sbb ada PECAL LELE (ikan keli penyet).....itu ajer....... Paling suka sesangat.....Kat rumah, bukannya aku tak mo masak Ikan Keli tp sbb IBU tak makan IKAN SUNGAI.....hihihihihihi pernah cuba makan tp tekak nie tak mo terima......tapi sbb dah kawin dengan ORANG KG. kan soo kena laa pandai2 menyesuaikan diri......Setakat nie IKAN TALAPIA MERAH, IKAN SEPAT MASIN, IKAN PEKASAM still OK boelh telan lagik tp yg lain tuah nanti laa akan aku usahakan!



Lepas mandi & bersiap sambil tunggu Babah balik......Terus ke WONG SOLO.....Menu yg kami order adalah PECAL LELE, AYAM PENYET, SAYUR ASAM, GADO-GADO, Tauhu & Tempe Penyet, JUS ALPUKAT (jus Avacado), JUS CARROT SUSU and AIR MINERAL........ Ada jugak buah2an dan KURMA Free......hihihihihihiihi. Alhamdulillah, anak2 berselera nak makan.......Sampai tambah 3 kali makan.....Nasik kat WONG SOLO nie sangat berlainan sbb menggunakan BERAS BUKIT... makan skitt mesti nak tambah lagik....... ( No pics sbb tak sempat laa dah lapar ko.....)



Tu laa citer RAMADHAN ke-3....

Wednesday, August 3, 2011

Coretan Ramadhan - Hari Ke-2

Semua masak sendiri except AYAM GOLEK tuh beli occay......




















                                                     
Sempat lagik aku amik GAMBAR sebelum berbuka puasa semalam...hihihihihi mmg sah takde keja kan? Saja.....nak berkongsi....SHARING IS CARING...ahaksss so semalam lepas balik dr keja, after amik my Nazihah kat taska....Terus sampai rumah and siap2 nak masuk dapur! So ini laa hasilnya……Bihun Goreng, Jemput-jemput jagung + udang cicah ngan sambal kicap. then untuk makan bersama nasik lak, sebab sahur aku masak lebih skit, kari ikan, ikan bilis besar goreng cili padi….. ayam golek tuh kami beli kat param sbb kakak teringin so sebagai hadiah puasa, kami ikutkan jugak laa….. syukur puasa ke-2 tiada apa2 halangan utk kami…syukran……. cuma najihah asyik bukak tutup peti ais sbb nak tengok makanan…..lapar laa tuh!!!!

hari ke-3, emm nak masak apa hah? tengah berfikir nie…..today, tak kuar ke mana-mana sbb tak tahan dek panas…hihihihi cam puteri lilin pulak……so hari nie amat bersemangat nak balik masak!!!! lepas tengok nurul punya blog kan, macam nak masak nasi lemak………tukar schedule laa cos nak masak nasi lemak utk anak2 laaa…..good idea kan??? makan bersama-sama ayam goreng berempah or ayam ala2 kfc kan?????
                                                                               




    







Tuesday, August 2, 2011

Coretan Ramadhan

Hari ke-2 berpuasa...

Sehingga saat ini rasa mengantuk yg teramat sangat....


Mata tak dapat nak di tahan lagik kerana teramat mengantuk! Hanya tinggal 2 jam lagik utk pulang. Semalam. syukran kerana tertunai sudah puasa pada hari pertama. Sangat bersyukur kerana baik anak2 dan somi, kami berjaya menunaikan ibadah puasa. Semalam, aku sempat mengunjungi PARAM berdekatan Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi (Seksyen 8). 


Wow!!!

Sangat meriah dan happening kerana pelbagai juadah dan makanan yg di jual. Boleh rambang mata di buatnya sampai tak tau nak memilih makanan apa yg [erlu di beli. Sebenarnya, semalam dh berjanji dengan Nabihah and Najihah (mereka cuti sempena larian 1 Malaysia) nak bawak mereka sekali mengunjungi PARAM, tp memandangkan seawal pukul 5pm dh terlalu ramai orang, maka terpaksa laa aku CANCEL takut nnt tak dapat nak mengawal 3 puteri tuh......


Antara juadah yg di beli : Najihah - NASI Ayam, Nabihah - Kebab, Lil Zihah - Air Soya, Babah - Ayam percik, Sambal Kentang (her FAVORITE), Aku - Laksa, Buah Melaka.... and Chu' Yang - Murtabak Singapore....hihihihihihih alhamdulillah sbb semuanya habis dan tak membazir. Balik ke rumah, memandangkan lauk bersahur masih berbaki, maka SUP AYAM ABC, Telur Masin (dh siap rebus) dan NASI cuma perlu di panaskan sahaja. Hah? Sup Ayam ABC.....special tau sbb 4 in 1 - ada carrot, kentang, chicken ball & ayam......sebab tuh aku namakan ABC....caca merba! - Shin Yee (my staff) yg menggelarkan Sup Ayam ABC....hihihihihihihi


Tadi sempat ke Pasar Kajang utk membeli barangan basah dan ke MY MYDIN tadi utk membeli barang2 yg perlu di TOP-UP.....Iman dan Amal menjadik peneman. Masya Allah, panas sungguh cuaca di luar.....balik ajer ofis, terasa mengantuk dan berpeluh sakan.... Dugaan Allah s.w.t.... Sabar2 kerana bayangkan mereka yg terpaksa bekerja dalam cuaca panas sambil berpuasa.....Subhanallah!!!!


So hari nie dh ada plan nak masak utk berbuka. Mungkin tak ke PARAM sbb aku nak masak sendiri! Menu hari nie nak masak Jemput-jemput jagung + udang dan Bihun Goreng! 


Selamat Berbuka dan Selamat Berpuasa!!!!!


P/S - teringat PARAM Wangsa Maju - Ayam Percik ABE....


Monday, August 1, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Makkah in Ramadan - PICTURE GOOGLED


Assalamualaikum ,  

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:  

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.  

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF   jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T,   insya Allah.



Thursday, July 28, 2011

Kegilaanku - HOME MADE BREAD...

White bread - fresh from oven

CHOC CHIP BREAD - MARVELOUS taste


Whole meal raisin honey bread - sangat HEALTHY!





Sangat teruja nak BLOG kat sini pasal ROTI buatan sendiri dari dapur PUAN NORLIDA.......Ahakss sangat tak percaya saya boleh buat ROTI sendiri....Dengan pertolongan teknologi terkini (BREAD MAKER) dan pelaburan yg minimum, TARAAAAAAA inilah hasilnya!!!!!!



So IBU dan MAK kat luar sana, aku sarankan kita buat ROTI sendiri di rumah....Hmmmm takde masa? Ala korang tau tak, masukkan semua bahan kat dalam PAN ROTI, then set program apa nak pakai, then after that biar ajer mesin tuh buat keja! Dari mengadun dan membakar......after 3.5 hours (tak yah tunggu tido ajer esok dh siap) maka terhasil laa ROTI buatan sendiri (sila tengok gambar di atas).......



Dulu, aku nak beli BREAD MAKER amat mahal but sekarang berlambak kat luar dengan harga yg amat berpatutan...... Anak2 kita tak payah laa beli roti kat luar sbb IBU dorang terror buat ROTI.....Paling penting RAJIN skitt ajer cuma luangkan masa 10 minit ajer utk sediakan bahan2....

Tak caya? Meh datang rumah ...hihihihihihiih


P/S - berangan nak wat FRENCH BREAD and cicah dengan KACANG POLL......

Wednesday, July 27, 2011

Ceritara.....


LATEST PICS OF MY FAMILY (without ME...)

Dear all,

Banyak sebenarnya nak hupdate gambar kat dalam BLOG nie tapi apakan daya masa tak mengizinkan.... Itulah jawapan yg amat STEREOTAIP......plastik betul!


Tak banyak yg nak di ceritakan di ruangan ini....
1st nak hupdate pasal anak2.......
Anak2 sihat alhamdulillah.....Nabihah dah makin besar panjang, rajin tolong IBU memasak dan rajin mengemas rumah...Tima kacih kakak....LUV U SOO MUCH.....Najihah lak cam biasa amat bersemangat setiap kali ke sekolah.......Sangat PUNCTUAL dan sangat pandai menguruskan diri cuma IBU nak komen part rambut tuh still tak sikat ikut cara yg IBU ajar...... Always remember Najihah, even though your hair not soo LURUS....ikal cam IBU tapi rambut ADIK tetap cantik tau!!!! Then to my luvly and sweet Little Zihah....lately nie due to bad weather, dia selalu kena FLU and COUGH.....so cam biasa laa dh bawak pegi PEADITRIC kat An-Nur (depan rumah ajer) and DOC pesan boleh start continue INHALER for her mild asthma.....sob sob sob tak sangkan Zihah lak yg kena ASTHMA...just like me masa kecik2....mmg dedulu aku ada ASTHMA masa kecik-kecik.........


And sekarang nie for BABAH, tis wiken akan menduduki peperiksaan besar......Babah baru ajer balik dari KEM BELAJAR kat PD....hihihiihihihihi . STUDY HARD BABAH and PASS tis EXAM with flying colour......Wish u all the BEST.... Exam tuh mmg teramat susah but WE TRUST that U CAN DO IT. For ME lak,  cam biasa laa sebagai IBU kepada 3 orang puteri and without MAID, setiap hari rutin yg sama berulang sehingga Jumaat....menguruskan anak2 dan at the same time...keja...keja...keja..... and aku adalah 3 kali seminggu mencurik masa utk pegi GYM Az-Zahrah Wellness Centre hanya kat depan rumah sahaja.....Gym nie hanya khusus utk wanita sahaja dan sangat Islamik. Syok gak join GYM kat sini sbb unlimited, depan rumah, bila2 masa terasa nak Exercise lps makan banyak dan terasa bersalah, maka aku pegi laa GYM. Paling penting pasal boleh join AEROBIK, YOGA, PILATES, ZUMBA & BELLY DANCING.....nanti laa kalo aku dh terror menari, boleh laa aku tunjukkan GELEKAN MAUT kat si somi...hahahahahahhahaha. Mesti korang gelakkan aku kan but seriously this is for my health...
Berdoa kat Allah s.w.t. agar di kurniakan kesihatan yg baik!!!!!!


Haaa last but not least, aku sekarang tengah giler buat ROTI....Home made ROTI tuh beb........hahahahaha cam tak caya aku boleh buat ROTI....with my frens here, Yen Ling and Kak Lizah, kami saling nak berkongsi resipi dan keterujaan kami membuat HOME MADE BREAD utk anak2 tersayang.....BESH gak ekk bila dapat buat ROTI sendiri! Lebih sedap dan berkhasiat bila makan ROTI buatan sendiri.....Takde BROMIN, bahan pengawet dan terjamin kebersihannya........


Sekarang nie tengah siapkan jadual memasak utk bulan RAMADHAN....Hmmmmm mesti ada jadual so tak kelam kabut nanti......Insya Allah, aku nak jadikan RAMADHAN ini amat bermakna utk anak-anak dan somi terchinta!!!!! Ramadhan yg tak sabar utk di nantikan oleh kami sekeluarga!!!!!


Sunday, July 10, 2011

She is 33 Months......

She's soo in LOVE with CHEESE CAKE!!!












NURAIN NAZIHAH MOHAMMAD HAFIZ dah nak hampir menuju angka 3 tahun tak lama lagik....Hihihihihi Ibu dah tak sabar nak meraikan hari yg amat bermakna utk BABY Zihah! Memandangkan setiap kali acara keluarga utk menyambut HARIJADI, maka my Lil Zihah akan mulalah menempatkan diri di kalangan Birthday GIRL or BOY seolah-olah ia merupakan acara potong kek utk Zihah......Emmmmm nanti siap pegang pisau kek dan tiup lilin!!!!! Dan lagik dan lagik dan lagik muka dia ajer yg interframe!!!!!!



Orang lain dah faham ngan perangai NAZIHAH si tomei nie....sooo malu gak IBU kan? Nanti laa acara kemuncak akan di sambut secara besar-besaran tapi maaf yaa khas utk ahli keluarga terdekat sahaja.




Hupdate skit pasal my adorable ZIHAH - sekarang nie amat rapat ngan BABAH....ke mana-mana pun mesti ada BABAH....so attached....tak boleh di pisahkan!!!!!! Baguslah gitu sbb IBU lak boleh bersama-sama Kakak & Adik pulak...... melayan my 2 little princess yg sekarang semakin menjadik anak DARA.....Ohhh tidak..... Cepatnya mereka membesar!!!!!!




Bila dukung BABY yg baru lahir kan cam terasa nak BERBABY lagik kan? Umur pun dah lanjut nie....... Tapi nantilah coz BABAH nak rehat puas puas & kami nak jalan dan holiday berlima dulu......TUNGGU!!!!!