Monday, October 10, 2011

Teambuilding - PART III

Mana laa hidden treasure nie???? Jenuh mencarik satu hutan.....

Inilah replika kapal terbang kami (TEAM 2) yg lebih hebat dari AIR FORCE ONE
Me, Amal & Yen Ling amik kesempatan mandi manda di kolam......syok giler!!!!

Last day @ Teambuilding Training with my TEAM 2 member
(from left: Me, Yen Ling, Heng, Amir, Mak a.k.a Ratha, Faidah & Shima)

Nie laa gambar tanam menanam orang kat pantai Cherating....hahahahahaha kesian Mak kena tanam tanpa RELA!!!!



Our final day @ Cherating before we say GOODBYE!!!!!

Our TEAM 2 kena posing FUNNY PICTURE for Amazing Race
Posing with our Company T-Shirt which was our TEAM 2 design that won this competition
(thanks to my hubby for the brilliant idea)

Wednesday, October 5, 2011

Teambuilding 2011 - PART II

Panjat jangan x panjat cos nnt takde point utk TEAM 2

Mak mendahului di hadapan manakala aku lak mengikut di belakang.....GO TEAM 2

Posing slps penat JUNGLE TRACKING

After JUNGLE TRACKING, lepas nih sessi tanam menanam orang pulak......
Indoor activities bersambung utk training yg lain......

Sunday, October 2, 2011

Teambuilding 2011 - PART I

Me & Kak Sarinah selaku joint organiser & my room partner
TEAM 1 - Ing Ee, Ms Lim, Siva, Amal, Phoebe & Shin Yee @ Layar Impian - one of our Amazing Race Check Point
Ira, Zaidah & Me - sessi bergambar sambil berehat sebelum xtvt seterusnya......
From left : Elaine, Ira, Zaidah, Ifa, Heng and Yen Ling. Duduk : Amal semasa xtvt Jungle Tracking
At the most beautiful beach @ Cherating & not soo many people know abt this BEACH......
As usual, sessi FOTO cos all of us really LOVE to POSING.....
My colleagues, Shin Yee from TEAM 1
Amalina among the fastest & most active team member
Phoebe also from TEAM 1
Mei Ling cuba menerbangkan AEROPLANE buatan kumpulan masing2




Our 1st Team Building Training bertempat di Impiana, Cherating pada cuti sempena 1 Malaysia pada 16, 17 dan 18 September 2011. Walaupun masih dalam MOOD RAYA tapi sbb dah COMPULSARY, so kami gagahkan diri jugak laa menghadiri TRAINING ini..... Me, memandangkan orang yg bertanggungjawap and also JOINTLY ORGANISER for this event, sangat teruja dan bersemangat nak menjayakan xtvt sebegini...... Most of participant are still below 30's, so aku pun kena laa menjadik MUDA REMAJA gak....huhuhuhuhu boleh kira hanya beberapa orang sahaja yg berumur 30++++ ke atas including ME......


To instill TEAM WORK among collegues and also D' Boss.....sememangnya event ini sangat berjaya!!!! We olls really have sooo much FUN & THRILL with the xtvt by our Universal Team Builder. Overall, d xtvt were not so Extreme and most suitable for almost 90 percent of participants which is GIRL POWER!!!!!




Wednesday, September 28, 2011

Teambuilding 2011

Nanti...nanti kay aku nak hupdate pasal training.....hahahahahahah coz this is just INTRO dulu.....jeng...jeng...jengggg

30 Ramadhan 1432H was her DAY..........

Nampak tak gigi saya yg COKLAT???



Suppose 30 Ramadhan yg lalu, kalo ikut tahun ISLAM, My sweetie dah genap 3 tahun........actual plan nak celebrate her Birdy tp atas sbb2 teknikal....sibuk mengejar persiapan menyambut SYAWAL....maka semua yg di rancang tak menjadi!!!!!!!!


Nasib baik Zihah still kecik lagi dan tak mengerti apa2, so takpe ada lagik celebration kali ke-2, kalo ikut kalendar omputih....soo this coming 30th Sept 2011, it's will be her 3rd BIRTHDAY....... Mmg laa nak bg suprise party for her....since Zihah sangat suka memotong kek.......Insya Allah!!!!!!

Sunday, September 25, 2011

AISB Open House & Farewall Party

AISB Open House 2011

Me & Amal (our FM)
Last day - Siti & Dayah
Bergambar kenangan bersama-sama team FM, Operations & Compliance
Girl Power - GO AISB






Tuesday, September 13, 2011

It's Our 9th Anniversary.....

Bermula dengan perkenalan kami melalui seorang teman, berpacaran hampir 2 tahun dan akhirnya melangsngkan perkahwinan. Seterusnya melalui alam rumahtangga dan beroleh zuriat penyeri alam rumahtangga kami yg hampir menjejak 9 tahun usia perkahwinan.



Ya Allah.... terima kasih kerana kau berikan aku teman hidup yg amat mengasihi diriku....Sebagai teman baik, suami yg hebat dan bapa yg amat bertanggungjawap..... So, apa lagik yg aku mahukan? Semuga perkahwinan ini berkekalan hingga hujung nyawa kami.....


Tak sangka yaa Babah....dalam kegawatan selepas menyambut RAYA, ada jugak pemberian hadiah sebagai menghargai perkahwinan kita...... Sebab itulah hati ini still berbunga cinta dan sangat gembira tak terkata.....Walaupun Babah tercepat sehari meraikan ulangtahun perkahwinan kita ( nie semua salah FB event kan?) tp ucapan itu amat bermakna berbanding hadiah yg di beri!



Akanku simpan hadiah CINTA ini sebagai kenangan hingga akhir akhir hayat...Thanks Babah for all ur LOVE ...... We LOVE U always!!!!!



Salam Lebaran Aidilfitri 1432H

Macam nie laa suasana berhari raya di Kg. Pt Jelutong....... tak terlayan tau!!!!
Bersama-sama sedara mara yg datang berkunjung
Bergambar kenangan - Raya 2011
Aidilfitri di Bt Pahat - 1st Raya         




Sunday, August 7, 2011

Coretan Ramadhan - Hari Ke-6 & 7



Ramadhan ke-6 di sambut bersama-sama Mak & Abah di Kg......... Pagi Sabtu tuh, sempat laa kami pulang ke Kg. utk berbuka dan bersahur bersama-sama Abah & Mak di Pt. Jelutong, Parit Raja, Bt. Pahat. Suasana di Kg. yg aman damai dan senyap sepi amat sesuwei utk tido dan melelapkan mata....hihihihihihi



Atas permintaan Mak, maka berbuka puasa pada hari itu dengan SOTO, Murtabak dan air buah2an..... Kalo ke PARAM,  Masya Allah harga juadah makanan teramat laa murah.....Sambil berniaga sambil berbuat amal kebajikan.....Syukran & kalo nak di bandingkan di KL, teramat jauh berbeza.........


Pagi Ahad pula, sempat laa kami mengambil kesempatan ini utk ber WINDOW shopping pulak.....BP Mall tempat destinanasi.....Dapat gak T-shirt utk kaka dan adik.....Kelakar betul sbb orang Kg. sanggup ke KL utk bershopping but aku nie lak SHOPPING kat Kg........ Tak kisah pun sbb pada aku ikut kemampuan laa.....Berat poket, boleh laa beli yg mahal2 sbb apa yg ada di BP Mall sama sahaja mcm di SOGO or I-Setan...... Sekarang nie baju bebudak ajer kalo T-Shirt dh hampir RM40 hinggit....after diskaun...emmm memang mahal tp setahun sekali kan apa salahnya berbelanja utk anak2.....Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri!!!!!!


Berbuka puasa pada hari ke- 7, mak masakkan MEE REBUS utk makan2 pada hari itu (oppss tak sempat nak amik gambar soo citer aje laa) dan ada gak MURTABAK (Ayang's favorites) and also air minum yg ada berbagai-bagai jenis....hihihihihihihihiihi
Paling penting anak2ku seronok pulang ke Kg. bertemu sepupu mereka plus ATUK dan NENEK.....Terubat rindu nak main2 kat KG..... Sibuk menangkap Ikan Keli peliharaan ABAH di belakang rumah........



Thursday, August 4, 2011

Coretan Ramadhan - Hari Ke-3

Siap sedia pakai tudung nak ikut SOLAT JEMAAH ngan kami........


Sahur pagi RAMADHAN ke-3 : Sempat laa aku bangun dan masakkan SAMBAL SARDIN dan SAYUR RAJA GORENG utk menu bersahur...... Selain tuh, ada lagik berbaki BIHUN GORENG soo panaskan balik utk di makan.....AIR lak aku wat TEH TARIK utk Babah.....Anak2 minum SUSU JAGUNG DUTCH LADY.......Potong buah HONEY MELON & LAI HIJAU utk desert....Macam makan LUNCH ajer kan? Tp biasa laa SAHUR nie kita tak berselera sangat sbb tuh buat macam2 nak bg berselera.....


Alhamdulillah anak2 berpuasa dengan jayanya....hihihihihi suker sangat!!!!! Lately nie, asyik hujan ajer kan waktu petang.....so payah skitt kalo nak singgah PARAM utk membeli kuih muih dan air utk berbuka.....Atas alasan ini jugak, tetiba OTW balik ke rumah, selepas balik from TASKA RABIATUL ULYA....." Tak payah masak laa IBU, kita makan kat WONG SOLO..... Ibu pegi laa booking jap utk 5 orang"... Emm sebenarnya aku malas nak berbuka kat luar sangat sbb apa selalu nak RUSHING balik lepas tuh sbb Babah nak kejar TERAWIH. But now, so senang sbb apa? Pasal WONG SOLO tuh hanya kat depan rumah aku ajer!!!! Hahahahahaha cuma amik masa 5 minit kalo nak DRIVE ke sana......Depan rumah aku nie, "MACAM-MACAM ADA". Bak kata orang, cuma sediakan duit ajer....



Sooo cepat2 laa aku pegi menempah meja nak berbuka posa di WONG SOLO and then rushing back ke rumah sbb takut VAN PAKCIK ISA anto Kakak & Adik balik cepat pulak...... Kalau nak tau Kakak & Adik sangat suker makan kat WONG SOLO...... Sbb ada PECAL LELE (ikan keli penyet).....itu ajer....... Paling suka sesangat.....Kat rumah, bukannya aku tak mo masak Ikan Keli tp sbb IBU tak makan IKAN SUNGAI.....hihihihihihi pernah cuba makan tp tekak nie tak mo terima......tapi sbb dah kawin dengan ORANG KG. kan soo kena laa pandai2 menyesuaikan diri......Setakat nie IKAN TALAPIA MERAH, IKAN SEPAT MASIN, IKAN PEKASAM still OK boelh telan lagik tp yg lain tuah nanti laa akan aku usahakan!



Lepas mandi & bersiap sambil tunggu Babah balik......Terus ke WONG SOLO.....Menu yg kami order adalah PECAL LELE, AYAM PENYET, SAYUR ASAM, GADO-GADO, Tauhu & Tempe Penyet, JUS ALPUKAT (jus Avacado), JUS CARROT SUSU and AIR MINERAL........ Ada jugak buah2an dan KURMA Free......hihihihihihiihi. Alhamdulillah, anak2 berselera nak makan.......Sampai tambah 3 kali makan.....Nasik kat WONG SOLO nie sangat berlainan sbb menggunakan BERAS BUKIT... makan skitt mesti nak tambah lagik....... ( No pics sbb tak sempat laa dah lapar ko.....)



Tu laa citer RAMADHAN ke-3....

Wednesday, August 3, 2011

Coretan Ramadhan - Hari Ke-2

Semua masak sendiri except AYAM GOLEK tuh beli occay......




















                                                     
Sempat lagik aku amik GAMBAR sebelum berbuka puasa semalam...hihihihihi mmg sah takde keja kan? Saja.....nak berkongsi....SHARING IS CARING...ahaksss so semalam lepas balik dr keja, after amik my Nazihah kat taska....Terus sampai rumah and siap2 nak masuk dapur! So ini laa hasilnya……Bihun Goreng, Jemput-jemput jagung + udang cicah ngan sambal kicap. then untuk makan bersama nasik lak, sebab sahur aku masak lebih skit, kari ikan, ikan bilis besar goreng cili padi….. ayam golek tuh kami beli kat param sbb kakak teringin so sebagai hadiah puasa, kami ikutkan jugak laa….. syukur puasa ke-2 tiada apa2 halangan utk kami…syukran……. cuma najihah asyik bukak tutup peti ais sbb nak tengok makanan…..lapar laa tuh!!!!

hari ke-3, emm nak masak apa hah? tengah berfikir nie…..today, tak kuar ke mana-mana sbb tak tahan dek panas…hihihihi cam puteri lilin pulak……so hari nie amat bersemangat nak balik masak!!!! lepas tengok nurul punya blog kan, macam nak masak nasi lemak………tukar schedule laa cos nak masak nasi lemak utk anak2 laaa…..good idea kan??? makan bersama-sama ayam goreng berempah or ayam ala2 kfc kan?????
                                                                               




    







Tuesday, August 2, 2011

Coretan Ramadhan

Hari ke-2 berpuasa...

Sehingga saat ini rasa mengantuk yg teramat sangat....


Mata tak dapat nak di tahan lagik kerana teramat mengantuk! Hanya tinggal 2 jam lagik utk pulang. Semalam. syukran kerana tertunai sudah puasa pada hari pertama. Sangat bersyukur kerana baik anak2 dan somi, kami berjaya menunaikan ibadah puasa. Semalam, aku sempat mengunjungi PARAM berdekatan Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi (Seksyen 8). 


Wow!!!

Sangat meriah dan happening kerana pelbagai juadah dan makanan yg di jual. Boleh rambang mata di buatnya sampai tak tau nak memilih makanan apa yg [erlu di beli. Sebenarnya, semalam dh berjanji dengan Nabihah and Najihah (mereka cuti sempena larian 1 Malaysia) nak bawak mereka sekali mengunjungi PARAM, tp memandangkan seawal pukul 5pm dh terlalu ramai orang, maka terpaksa laa aku CANCEL takut nnt tak dapat nak mengawal 3 puteri tuh......


Antara juadah yg di beli : Najihah - NASI Ayam, Nabihah - Kebab, Lil Zihah - Air Soya, Babah - Ayam percik, Sambal Kentang (her FAVORITE), Aku - Laksa, Buah Melaka.... and Chu' Yang - Murtabak Singapore....hihihihihihih alhamdulillah sbb semuanya habis dan tak membazir. Balik ke rumah, memandangkan lauk bersahur masih berbaki, maka SUP AYAM ABC, Telur Masin (dh siap rebus) dan NASI cuma perlu di panaskan sahaja. Hah? Sup Ayam ABC.....special tau sbb 4 in 1 - ada carrot, kentang, chicken ball & ayam......sebab tuh aku namakan ABC....caca merba! - Shin Yee (my staff) yg menggelarkan Sup Ayam ABC....hihihihihihihi


Tadi sempat ke Pasar Kajang utk membeli barangan basah dan ke MY MYDIN tadi utk membeli barang2 yg perlu di TOP-UP.....Iman dan Amal menjadik peneman. Masya Allah, panas sungguh cuaca di luar.....balik ajer ofis, terasa mengantuk dan berpeluh sakan.... Dugaan Allah s.w.t.... Sabar2 kerana bayangkan mereka yg terpaksa bekerja dalam cuaca panas sambil berpuasa.....Subhanallah!!!!


So hari nie dh ada plan nak masak utk berbuka. Mungkin tak ke PARAM sbb aku nak masak sendiri! Menu hari nie nak masak Jemput-jemput jagung + udang dan Bihun Goreng! 


Selamat Berbuka dan Selamat Berpuasa!!!!!


P/S - teringat PARAM Wangsa Maju - Ayam Percik ABE....


Monday, August 1, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Makkah in Ramadan - PICTURE GOOGLED


Assalamualaikum ,  

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:  

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.  

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF   jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T,   insya Allah.